Kawan :)

Assalammualaikum
Kawan .
Cerita pasal kawan ni, aku slalu perhatikan kawan aku dekat sekeliling.
Kawan kita mempunyai bermacam macam perangai , ragam.
Jujur aku cakap , aku ni tak punya ramai kawan . Aku tak peramah macam korang . Aku tak ade ramai kawan macam korang . Tapi aku ada sahabat yang boleh menemani aku :)

Kawan diibaratkan sebagai belon jugakla.
Jika kita melepaskan ia pergi , kita tidak boleh dapatkannya kembali.
Jadi , kita ikatlah ia di hati kita . Supaya kita tidak kehilangannya. Tak kiralah dia dimana pun , dia ttap di hati kita.

Akan tetapi, untuk mencari sahabat, carilah yang betul betul tinggi akhlaknya dan adabnyaa. Kerana Rasulullah SAW pernah bersabda ''Perumpamaan dua orang yang bersaudara adalah seperti dua tagan, yang mana satu tangan membersihkan tangan yang lainnya''
Satu hari ni , aku borak dengan sahabat aku ni . Dia slau kata ' be positif''  'istighfar dan ingat allah' . 'doa slalu kepadaNya.
Jarang kan ade sahabat yang macam ni . Bersyukur aku ada sahabat macam dia :) Alhamdullillah.

Ada banyak cara kita boleh melapangkan dada atau tenangkan diri .
Hasil dari pembacaan aku,
istighfar , abaikan syaitan di sekeliling , fikir positif , beri ruang untuk diri sendiri 
Mungkin bagi kita sedikit susah. Tapi bila kita dah biasa lakukannya , Insyallah   Allah tolong kita pelihara ukhwah kia dengan kawan kawan kita.



Nak cari sahabat senang. Tapi nak cari sahabat yang betul beul memahami kita memang susah .
Yela. Benda yang mahal memang susah nak dicari. Emas , kalau tak digali , tak dapatlah kita.
Tidak terfikirakah di fikiran kita yang berapa ramai kawan kita skarang ini yang kepada Allah sama ada percakapan atau perbuatannya ? 100% pastikah kita ?
Ktahuilah bahawa kawan itu diibaratka cermin kepada diri kita. Cermin itu fungsinya agar kita nampak apa yag salah dan baik pada diri kita ini. Kalau cermin itu sendiri sudah rosak , bagaimanakan kita ingin memperbetulkan dan mempercantikkan diri kita ini ?



Aku juga manusia , aku juga tergolong dalam pelbagai ragam . Tapi kita masih sempat memperbetulkan diri kita ini . Insyallah allah akan menolong kita :)
Sama sama lah kita menjaga friendship kita. Janganla kita melepaskannya hanya kerana benda kecik .

Assalammualaikum . :)

No comments:

Post a Comment