Bukan Hanya Mengejar Ilmu di Dunia

Assalammualaikum :)
Now blog ni maybe dah Berhijrah ke Islamik sedikit . Hhehehhe . Takk pe kann :)
Actually, tadi aku , Anis dan Bella borak tentang  skolah 'Tahfiz' 'Mesir' 'Arab' Ilmu' 'Syurga' 'Pahala'.
Haaa. Cakap tentang ni , aku teringin sangat nak skolah kat Tahfiz. Nak blajar bahasa syurga 'Arab' :)

Now , bile orang sebut pasal Ilmu , Agama ni mest tk ambik peduli sangat kan . Dulu aku pun mcm tu . Tapi skarang baru aku sedar betapa pentingnyee benda ni semua. Maybe ade setengah tu cakap 'alimnyee kau' tak payah tunjuk baiklaa, kita semua samaa je kan' Ni bukan soal alim atau tak . Ni bukan soal baik atau tak . Tapi ni ikut fikiran , atau hati masing masing . Kalau korang rasa bende tu betul atau baik , ikutlaa . :)


Ye. Tak salah nak kejar cita cita atau nak mengejar ilmu dunia. Tapi , kita kejarlah ilmu atau cita cita di dunia kerana allah . Dan jangan lupa tuntutan allah s.w.t :)
Dunia kalau di kejar , tak akan dibawa kemana pun  .
Orang yang bijak adalah orang yang merasai bahawa hidup di dunia ini adalah sementara.
Apbila sudah sampai masanya tiba ajal kita , maka kita akan bertemu allah di alam barzakh dan segala soalan yang akan diberikan nanti adalah amalan yang kita buat di dunia ini.

Allah berfirman yang bermaksud:
 “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kamu, (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah kamu (kepada orang lain) seperti mana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.” [QS al-Qasas : 77]

Sahabat , Berdoa lah kepada allah dan bertaubat lah kepadaNya sesungguhnye die Maha Pengampun :)


Maaf jika tersalah kata .
Assalammualaikum :)

No comments:

Post a Comment